Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar

Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan pihak bomba mendapati tiada kejadian tanah runtuh seperti yang tular menerusi rakaman suara sebaliknya melibatkan pembinaan cerun di lokasi kejadian pada Ahad.
Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan pihak bomba mendapati tiada kejadian tanah runtuh seperti yang tular menerusi rakaman suara sebaliknya melibatkan pembinaan cerun di lokasi kejadian pada Ahad.

 

HULU SELANGOR - Rakaman suara tular mendakwa kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Templer menghala ke Selayang di sini dipercayai berkaitan kejadian lama yang berlaku pada Disember 2021.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pemantauan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi yang didakwa, sebaliknya hanya melibatkan kerja pembinaan cerun di lereng bukit di kawasan tersebut.
 

"Sejurus tular rakaman mendakwa kejadian tanah runtuh berlaku, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 6.10 petang.

"Bagaimanapun pemantauan dijalankan mendapati tiada tanah runtuh berlaku sebaliknya terdapat kerja-kerja yang dijalankan kontraktor di lokasi terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, tindakan menularkan sesuatu kejadian yang belum dipastikan kesahihan merupakan langkah yang tidak bertanggungjawab."Kita minta kepada mereka yang menularkan kejadian sebegini supaya insaf. Jangan bertindak menularkan sesuatu yang belum dipastikan kesahihannya."Seharusnya, semak dahulu dengan pihak berwajib seperti bomba atau pihak polis bagi memastikan sama ada sesuatu kejadian tersebut benar berlaku atau sebaliknya," katanya.

Ujar Norazam, pihaknya memandang serius berkaitan perbuatan menularkan berita palsu seperti ini."Tindakan menularkan berita palsu akan memberikan kesan kepada semua pihak sekali gus akan menimbulkan suasana yang panik kepada masyarakat."Saya minta tindakan sebegini dihentikan dan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang menularkan berita palsu," katanya.Pada Ahad, tular rakaman suara mendakwa berlaku kejadian tanah runtuh mengakibatkan Jalan Templer menghala ke Selayang di sini tidak boleh dilalui kenderaan.Bagaimanapun kejadian tersebut tidak benar dan merupakan kejadian yang berlaku pada Disember 2021.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2023-01-25 08:31:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page