Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Emosi belum stabil, masih teringat anak cucu

oleh NORAFIZA JAAFAR19 Februari 2023 || Sumber : Sinar Harian
Borhan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Su Lee yang kehilangan empat keluaga serentak dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada pertengahan Disember lalu.
Borhan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Su Lee yang kehilangan empat keluaga serentak dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada pertengahan Disember lalu.


HULU SELANGOR - Tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang mengorbankan anak dan menantu serta dua cucu masih sukar dilupakan oleh Beh Su Lee, 60.Su Lee dari Sabak Bernam berkata, emosinya belum stabil dan masih belajar untuk menerima kenyataan.

Menurutnya, kenangan bersama mendiang sekeluarga sentiasa bermain di fikiran setiap kali melihat barangan peninggalan mereka."Ada barang yang masih saya simpan dan ada juga barang yang sudah diberikan kepada orang."Buat masa ini, kami masih dalam fasa bertenang dan melunaskan urusan mereka yang belum selesai sedikit demi sedikit," katanya ditemui pada Jelajah Selangor Penyayang (JSP) Daerah Hulu Selangor di Oasis Batang Kali pada Ahad.

Pada majlis itu, seramai 25 waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu menerima sumbangan wang ihsan RM5,000 daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah.
 

Mengulas lanjut, tragedi 16 Disember lalu turut menyebabkan Su Lee kehilangan menantu, Wong Kin Yap, 34; anak, Gain Choo Yin, 35 dan dua cucu, Wong Hao Yee, 7 serta Wong Zi Hang, setahun.Seramai 92 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan itu dengan 31 disahkan maut manakala 61 orang terselamat.


Kemaskini pada 2023-02-20 08:08:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page