Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua pelajar ditahan caci kertas soalan Sejarah SPM

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF25 Februari 2023 01:48pmMasa membaca: 2 minit
Tangkap layar video tular pelajar lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan peperiksaan subjek Sejarah SPM.
Tangkap layar video tular pelajar lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan peperiksaan subjek Sejarah SPM.

 

HULU SELANGOR - Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja masing-masing berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita.
 

"Pihak polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang guru wanita berkaitan video tular yang memaparkan suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat ekoran didakwa tidak berpuas hati dengan soalan subjek Sejarah itu.

"Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di sebuah rumah di sekitar Hulu Selangor dan menahan kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam video tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, pihaknya turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek terlibat.

"Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah selain tiada rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya.

Pada Khamis, tular video memaparkan seorang individu mengeluarkan kata-kata kesat selepas didakwa tidak berpuas hati dengan soalan dalam subjek Sejarah SPM.


Kemaskini pada 2023-02-27 09:40:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page