Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis jamin percepat sisatan pelajar caci soalan Sejarah SPM

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF26 Februari 2023 08:17pmMasa membaca: 2 minit
Tangkap layar video tular pelajar lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan peperiksaan subjek Sejarah SPM.
Tangkap layar video tular pelajar lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan peperiksaan subjek Sejarah SPM.
 

HULU SELANGOR - Polis memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan melibatkan dua pelajar sekolah yang ditahan dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan soalan subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, tindakan penahanan yang dijalankan polis mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, semua pihak tertakluk kepada undang-undang termasuk pelajar.

Beliau berkata, siasatan dijalankan dengan segera berikutan kedua-dua suspek tersebut merupakan pelajar sekolah.

"Kedua-dua suspek ini direman dua hari berikutan proses merakam keterangan berkaitan kejadian dengan lebih teliti.

"Selain itu, polis turut menjalankan semakan melibatkan isi kandungan telefon bimbit yang dirampas serta mendapatkan laporan disiplin berkaitan suspek dari pihak sekolah," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kedua-dua suspek telah diberikan jaminan awal polis biarpun pihaknya mendapat perintah reman selama dua hari.

"Polis telah memberi jaminan awal terhadap kedua-dua suspek setelah berpuas hati dengan siasatan dijalankan.


Kemaskini pada 2023-02-27 09:42:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page