Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mengharap Kerusi Roda Untuk Anak

  • Nor Azam memangku Muhammad Fakhry sambil diusap Rohani.Nor Azam memangku Muhammad Fakhry sambil diusap Rohani.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Seorang ibu tunggal memohon bantuan sebuah kerusi roda untuk anak keduanya yang dilahirkan kurang upaya (OKU).

Nor Azam Wahab, 46, berkata, dia tabah menjaga empat anak dan menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu tadika di kawasan perumahannya setelah kematian suami enam tahun lalu.

Menurutnya, anak keduanya, Muhammad Fakhry Ramlan, 17, mengalami kegagalan fungsi otak menyebabkannya tidak mampu bergerak seperti remaja normal.

"Dia dilahirkan begini bersama kembarnya yang sudah meninggal dunia pada usia 9 tahun.

"Walaupun dia kurang upaya tapi saya tetap menjaganya seperti adik-beradiknya yang lain," katanya ketika di rumahnya di Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya, semalam.

Dalam lawatan itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Badan Amal Insan Budi, Rohani Mohd Sharif turut hadir melawat keluarga ibu tunggal berkenaan.

Nor Azam berkata, walaupun hidup sebagai ibu tunggal, dia tetap tabah dan berusaha memastikan nasib keempat-empat anaknya terbela.

“Muhammad Fakhry penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Tiga anak lain dapat bantuan pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Alhamdulillah dapatlah meringankan tanggungan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perasaannya apabila mengetahui berita nasib remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dikurung sehingga kurus kering, Nor Azam mengakui sangat sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.

“Bila dapat tahu ada kes adik Firdaus memang sedih sebab saya juga ada anak sebegitu.

“Nasihat saya, sebagai hamba ALLAH SWT, kita perlu bertanggungjawab menjaga amanah yang dikurniakan dan jangan sesekali diabaikan," katanya.

Sumber Sinar Harian.


Kemaskini pada 2014-06-30 11:43:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page