Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kilang lebur logam disita

Ketika pemeriksaan dibuat acuan yang telah dituang cecair logam didapati masih dalam keadaan panas - Gambar MPHS
Ketika pemeriksaan dibuat acuan yang telah dituang cecair logam didapati masih dalam keadaan panas - Gambar MPHS
 

HULU SELANGOR - Sebuah kilang menjalankan aktiviti peleburan logam di Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa di sini disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS memaklumkan, tindakan sitaan itu diambil susulan pemeriksaan di lokasi membabitkan 10 penguatkuasa bermula kira-kira jam 10.15 pagi pada Rabu

"Ketika anggota operasi tiba di lokasi, pagar kilang dalam keadaan tertutup dan anggota telah memanggil salah seorang pekerja di dalam kilang tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

"Setelah pintu dibuka, anggota dapati terdapat akitivtii pemanasan mesin peleburan bahan logam sedang dijalankan dan terdapat beberapa acuan yang telah dituang cecair logam dan masih dalam keadaan panas.

 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang tersebut telah melakukan kesalahan bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3 Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 iaitu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan menjalankan operasi tanpa kebenaran daripada MPHS,” kata MPHS di laman Facebooknya.

MPHS turut menyita beberapa peralatan termasuklah sebuah jentera angkat barang (forklift), kipas industri (1), silinder gas (6),troli (1) dan 50 botol cecair latex (50) untuk dibawa ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.

Sumber : Sinar Harian

 

   


Kemaskini pada 2023-06-20 18:16:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page