Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Suami Isteri cedera MPV terjunam ke gaung

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF11 Julai 2023 01:15pm

Keadaan kereta yang dinaiki suami isteri selepas terjunam ke gaung di Bandar Utama Batang Kali pada Selasa.
   Keadaan kereta yang dinaiki suami isteri selepas terjunam ke gaung di Bandar Utama Batang Kali pada Selasa.

 

HULU SELANGOR - Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terjunam ke gaung sedalam sembilan meter berhampiran Jalan Mahogani, Bandar Utama Batang Kali di sini pada Selasa.

Kedua-dua mangsa berusia 38 tahun itu yang cedera ringan di tangan dan kaki diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.36 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan di Bandar Utama Batang Kali pada Selasa.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan di Bandar Utama Batang Kali pada Selasa.

"Kedua-dua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Avanza sebelum dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa lelaki dapat keluar sebelum ketibaan anggota bomba tetapi isterinya terperangkap dalam kenderaan.


Kemaskini pada 2023-07-13 11:52:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page