Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemuda lemas dihanyutkan arus deras ketika beriadah

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF06 Ogos 2023 01:37pm

Anggota bomba ketika menjalankan kerja mencari mangsa di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Ahad.

Anggota bomba ketika menjalankan kerja mencari mangsa di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Ahad.

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki lemas akibat dihanyutkan arus deras sebelum mayat mangsa ditemui di dasar sungai dalam kejadian di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.54 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 8.01 pagi.

"Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun itu dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

 

Katanya, usaha mencari mangsa dijalankan dengan bantuan Unit Skuba dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

"Mayat mangsa kemudian ditemui di dasar sungai pada jam 1.21 petang, anggaran 30 meter jarak dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Kemaskini pada 2023-08-07 09:24:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page