Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Anak Tuntut Pampasan Arwah Ibu

  • Zaki menunjukkan laporan polis dan dokumen daripada agensi guaman berkaitan ganti rugi pampasan yang dituntut.Zaki menunjukkan laporan polis dan dokumen daripada agensi guaman berkaitan ganti rugi pampasan yang dituntut.
< 1 / 1 >

HULU YAM - Dijanjikan seawal dua minggu dan selewat-lewatnya dua bulan untuk proses tuntutan ganti rugi kemalangan yang menyebabkan kematian ibu dan bapanya, namun setelah lebih tiga tahun berlalu warisnya masih belum menerima sesen pun.

Itu nasib dialami seorang penduduk Kampung Orang Asli Gurney, Zaki Mohd Rafi, 32, yang merasakan teraniaya daripada beberapa orang peguam bela yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan proses tuntutan tersebut di mahkamah.

Zaki yang masih mengharapkan pemberian ganti rugi tersebut terus menggesa agar pihak peguam bela daripada sebuah agensi guaman itu menyegerakan perkara tersebut kerana keadaannya yang semakin dihimpit masalah kewangan.

“Kami ditawarkan oleh seorang peguam ketika melawat jenazah bapa dan ibu yang parah di hospital pada Februari 2011.

“Kami terima tawaran itu untuk memastikan kos rawatan ibu dapat kami jelaskan selepas itu termasuk hutang tertunggak sebab saya pun tak mampu menampung semua hutang itu.

“Saya diberi jaminan bahawa kes tuntutan ganti rugi kematian ini akan berjaya dan sudahpun menang tapi sampai sekarang wang yang sepatutnya jadi hak kami sebagai waris belum diserahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, ibunya yang parah tidak dapat diselamatkan dan Zaki telah diamanahkan untuk memastikan kes tuntutan tersebut berjaya dan wang yang diperoleh digunakan untuk keperluan keluarga, namun malang bagi Zaki kerana sehingga kini dia masih tidak menerima wang diharapkan.

“Saya sudah menandatangani sendiri satu dokumen yang tertera RM80,000 kerana kes tuntutan ganti rugi kemalangan ibu bapa saya menang tapi wang itu masih tak diberikan kepada saya.

“Sepanjang nak selesaikan kes ini saya sudah habiskan lebih RM3,000 untuk kos pengangkutan dan lain-lain tapi sampai ke hari ini pihak peguam ini masih tidak memberikan wang itu,” katanya.

Zaki berkata, dalam kemalangan pada 2011 itu kedua ibu bapanya yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, namun dipercayai dilanggar sebuah kenderaan sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia.

Katanya, kes perbicaraan itu boleh berlarutan antara dua hingga tujuh bulan dan cek boleh ditunaikan hanya dalam masa tiga hari, namun pihak peguam bela terbabit didakwa sering menangguh sehinggalah ke hari ini.

“Jadi bila dibuat macam ini saya rasa dianiaya dan sedih sebab tak dapat menunaikan pesanan ibu saya sehingga nisan kubur ibu pun saya tak dapat sediakan.

“Saya merayu pihak bertanggungjawab pastikanlah tuntutan kami selesai dan dapat serahkan wang tersebut sebaiknya sebelum Syawal,” katanya.

Katanya, pihak peguam berkenaan pernah memberitahu wang akan dimasukkan dalam akaun bank miliknya, namun sehingga ke hari ini akaunnya masih kosong.


Kemaskini pada 2014-07-07 08:02:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page