Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pasangan suami isteri nyaris maut, Toyota Hilux terbalik

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF10 Oktober 2023 08:14pmMasa membaca: 1 minit
Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan lanjut.
Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan lanjut.

 

HULU SELANGOR - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit akibat tersepit setelah kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu suaminya terbabas dalam kejadian di Kilometer 407.4 Lebuhraya Utara Selatan di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pasangan suami isteri berumur lingkungan 30-an itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kedah.

"Toyota Hilux dinaiki kedua mangsa itu dipercayai terbabas sebelum terbalik mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tersepit.

"Bagaimanapun, suami mangsa yang turut mengalami kecederaan ringan berjaya keluar daripada kenderaan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

 

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.09 petang.

"Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.


Kemaskini pada 2023-10-11 08:55:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page