Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Air terjun Serendah masih keruh

oleh MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR


Keadaan Air Terjun Serendah di sini keruh berikutan kejadian runtuhan tanah pada Khamis.

Keadaan Air Terjun Serendah di sini keruh berikutan kejadian runtuhan tanah pada Khamis.
 

HULU SELANGOR - Sebuah syarikat yang melaksanakan kerja-kerja tanah di kawasan Serendah di sini masih mengesan lokasi kejadian runtuhan tanah yang menyebabkan Air Terjun Serendah di sini bertukar menjadi keruh sejak lima hari lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, lokasi runtuhan tanah itu berlaku tiga kilometer daripada air terjun berkenaan.
 

Menurutnya, syarikat bertanggungjawab memerlukan masa kerana perlu menyusuri sungai dan hutan untuk sampai ke lokasi runtuhan tanah tersebut.

"Setakat hari ini keadaan air sungai masih keruh terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

 

Mohd Hasry memberitahu, pihak syarikat masih tertakluk dengan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Kekeruhan yang berlaku di Air Terjun Serendah masih belum pulih sejak lima hari lalu.
Kekeruhan yang berlaku di Air Terjun Serendah masih belum pulih sejak lima hari lalu.
Jelas beliau, MPHS telah mengarahkan syarikat itu melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan langkah mitigasi jangka masa pendek bagi mengelakkan air lumpur memasuki sungai.
Ujarnya, kekeruhan berlarutan di Air Terjun Serendah adalah kejadian kali pertama dan tiada kes sebelum ini.
Katanya, tindakan kompaun diambil terhadap syarikat itu mengikut Akta 133 Seksyen 71 bagi kesalahan gagal mengawal tapak bina dengan terjadinya aliran lumpur yang memasuki rizab awam dan rizab kerajaan.

Sebelum ini, MPHS memaklumkan menerima dua aduan daripada orang awam berhubung kejadian Air Terjun Serendah bertukar keruh dan air lumpur memasuki rizab jalan awam di laluan Kuala Lumpur - Ipoh (FT01) pada Khamis.

MPHS dalam kenyataannya memaklumkan, hasil siasatan di tapak mendapati terdapat kesan aliran air yang menyumbang kepada kekeruhan sungai berhampiran dan pertambahan air permukaan mengakibatkan limpahan air di Jalan FT01.


Kemaskini pada 2023-10-24 08:20:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page