Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Air Terjun Serendah keruh, Exco masih menunggu laporan

oleh MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR26 Oktober 2023 12:45pm

Jamaliah (tiga dari kanan) melawat reruai pameran pada Program MaSiH di Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam pada Khamis.

Jamaliah (tiga dari kanan) melawat reruai pameran pada Program MaSiH di Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam pada Khamis.

 

KUALA SELANGOR - Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Selangor, Jamaliah Jamaluddin mengakui belum menerima laporan berhubung Air Terjun Serendah, Hulu Selangor bertukar keruh susulan kejadian runtuhan tanah.

Jamaliah berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada agensi bertanggungjawab mengenai isu berkenaan.

 

Menurut beliau, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula akan membuat pemantauan dari segi standard kualiti air dan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tapak berkenaan.

"Setakat ini kita tidak menerima apa-apa lagi laporan (berhubung kekeruhan Air Terjun Serendah) dan sekiranya mempunyai laporan akan dihantar (kepada pihak kami)," katanya pada Program Masyarakat Sihat (MaSiH) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam di sini pada Khamis.

 

Bagaimanapun, katanya, sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap kejadian tanah runtuh di kawasan air terjun adalah di bawah tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan, sebuah syarikat yang melaksanakan kerja-kerja tanah di kawasan Serendah, Hulu Selangor masih mengesan lokasi kejadian runtuhan tanah yang menyebabkan Air Terjun Serendah bertukar menjadi keruh sejak lima hari lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, lokasi runtuhan tanah itu berlaku tiga kilometer dari air terjun berkenaan.

Ditanya mengenai serbuan di lima klinik perubatan swasta di negeri ini yang menggunakan vaksin tifoid tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jamaliah berkata, perkara itu akan dipantau secara serius Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
 

Jelas beliau, JKNS diyakini efisien dan aktif dalam mengendalikan dan menyelesaikan isu berkenaan.

"Kita perlu memberikan mereka sedikit masa untuk memberikan maklum balas berkaitan perkara tersebut," tegas beliau.


Kemaskini pada 2023-10-27 11:25:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page