Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bantah Bina Pusat Judi Lumba Kuda

  • Kawasan perniagaan dan perindustrian yang dimajukan sebuah syarikat yang turut didakwa menjadi tempat pembinaan pusat judi lumba kuda.Kawasan perniagaan dan perindustrian yang dimajukan sebuah syarikat yang turut didakwa menjadi tempat pembinaan pusat judi lumba kuda.
< 1 / 1 >

HULU BERNAM - Exco kerajaan negeri khususnya Pas dan wakil rakyatnya menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pembinaan pusat perjudian lumba kuda di Bukit Tagar.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, bantahan itu disuarakan sejak mula cadangan tersebut disuarakan kepada kerajaan negeri lebih dua tahun lalu.

“Seperti dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebelum ini bahawa pimpinan dan ahli Pas terlibat dalam menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

“Ini adalah pendirian kita bagi memastikan pembinaan pusat perjudian itu tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu bantahan beberapa gabungan politik, ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), ketua dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), nazir dan ahli jawatankuasa masjid, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin masyarakat di Hulu Selangor, baru-baru ini terhadap cadangan tersebut.

Sallehen berkata, pembinaan pusat judi tersebut telah mendapat bantahan besar penduduk Melayu dan NGO Islam kerana jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah, beliau turut menegaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan projek pembinaan pusat judi berkenaan dan dakwaan sesetengah pihak bahawa projek itu telah diluluskan dianggap satu pembohongan.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 26 Jun lalu tidak meluluskan pembinaan pusat tersebut. Mesyuarat hanya mendengar laporan tentang penerimaan rakyat terhadap cadangan pembinaan pusat itu,” katanya.

Katanya, walaupun pihak pemaju projek di kawasan berkenaan mempunyai lesen membangunkan projek perumahan dan industri, namun pembinaan pusat lumba kuda perlu mendapat kelulusan PBT.

Pada 30 Jun lalu, gabungan pelbagai pihak itu yang berdiri dalam sebuah sekretariat dipengerusikan oleh Muhamad Idris Ahmad yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor mengadakan bantahan aman dan membuat penyerahan memorandum berkaitan isu tersebut kepada bekas Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail untuk diserahkan kepada Menteri Besar.

Kandungan memorandum tersebut turut menolak laporan kaji selidik sebuah universiti tempatan yang mengatakan lebih 50 peratus masyarakat Melayu di Hulu Selangor menerima pembinaan pusat judi lumba kuda tersebut dan menggesa kaji selidik dilakukan semula.

Dalam masa sama, pihak sekretariat tersebut berusaha mengumpul tanda tangan bantahan daripada seluruh penduduk Hulu Selangor di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini dan akan disertakan bersama kaji selidik berkenaan.

Bantahan sama pernah disuarakan oleh Pakatan Rakyat Merdeka Centre pada 2011 berserta kaji selidik tentang penolakan masyarakat Melayu terhadap pembinaan pusat judi tersebut.

Bagaimanapun, setelah tiga tahun berlalu, syarikat pemaju yang berhasrat membina pusat judi itu sekali lagi mengemukakan permohonan berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi jawapan diberikan bekas YDP MDHS, Tukiman Nail dalam mesyuarat penuh majlis daerah pada 30 Jun itu mengesahkan menerima permohonan sebuah syarikat sebagai sebahagian daripada cadangan pembangunan sebuah pusat rekreasi yang bersandarkan kepada sukan perlumbaan kuda.

Menurut Tukiman juga, bantahan serupa pernah dikemukakan kepada Sultan Selangor ketika lawatan ke sebuah Masjid di Hulu Selangor beberapa tahun lalu.


Kemaskini pada 2014-07-11 07:49:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page