Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga maut: Polis berkas pemandu Proton Wira babit nahas di Serendah

oleh MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB27 Oktober 2023 01:28pm

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

SELAYANG - Seorang pemandu kereta Proton Wira dipercayai cuba melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan maut di Serendah pada Jumaat akhirnya diberkas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek yang dipercayai menjadi penyebab dua buah lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah ditahan di Hulu Yam, Selangor pada Khamis jam 11.30 malam.

Beliau berkata, pemandu terbabit merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun.

"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan maut tersebut.

 

"Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan dadah yang telah dihukum dan satu kes jenayah telah dihukum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, tindakan reman selama empat hari bermula Jumaat dilakukan ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Jelasnya, suspek ditahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu menurutnya, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan penumpang Toyota Avanza masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Beliau memberitahu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 


Kemaskini pada 2023-10-30 09:08:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page