Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS lakar sejarah, sekali lagi dinobat Bandar Paling Mampan 2023

image
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dinobatkan sebagai Bandar Paling Mampan 2023 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) peringkat kebangsaan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 9 November 2023. Foto Facebook MPHS

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Bandar Paling Mampan 2023 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) peringkat kebangsaan.

Berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam, majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Wira M Noor Azman Taib.

Menurut MPHS, pengiktirafan itu diberikan kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia bagi tahun ini.

“Tahniah kepada warga kerja MPHS serta warga penduduk Hulu Selangor dalam menyokong dan membantu dalam menjadikan Hulu Selangor sebagai sebuah Bandar Mampan. Semoga status Bandar Mampan ini akan terus kekal untuk masa akan datang,” menurut MPHS di Facebook.

Hadir bagi menerima pengiktirafan itu ialah Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd dan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS serta pegawai-pegawai MPHS.

Pada 2022, MPHS meraih tempat kedua Anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022 (Kategori Perbandaran). Tempat pertama diungguli Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


Kemaskini pada 2023-11-10 15:22:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page