Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS, UMW bekerjasama tanam 1,500 anak pokok buluh

image
Wakil Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) pada sesi lawatan tapak dan perbincangan persediaan mengadakan program penanaman anak pokok buluh di UMW High Value Manufacturing Park, Serendah pada 10 November. Foto Facebook MPHS

 

SHAH ALAM, 13 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bekerjasama dengan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) bagi program penanaman 1,500 anak pokok buluh.

MPHS memaklumkan program pada pertengahan dan hujung bulan ini bertujuan menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2024 untuk menanam 11 juta pokok menjelang 2026.

“Satu lawatan tapak dan sesi perbincangan bagi persediaan mengadakan program penanaman anak pokok buluh telah diadakan di UMW High Value Manufacturing Park, Serendah pada 10 November.

“Program cetusan idea Bahagian Pusat Setempat (OSC) MPHS Julai lalu bakal dijayakan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak UMW dengan 1,500 anak pokok buluh dicadang ditanam pada program dijadual antara pertengahan dan hujung November,” katanya di Facebook.

Menurut MPHS, pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama dan komited dalam usaha membantu memenuhi CSR seterusnya ke arah kelestarian Hulu Selangor sekali gus meningkatkan imej organisasi.

“Tahniah juga kepada UMW kerana mempelopori usaha murni ini yang selari dengan visi MPHS Hulu Selangor ke arah perbandaran bestari, memangkin pembangunan lestari dan membentuk masyarakat madani pada 2023,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang belanjawan berkata sejumlah RM400,000 diperuntuk bagi pelaksanaan program penanaman pokok ke arah mencapai sasaran 11 juta pokok ditanam menjelang 2026.

Ia adalah usaha memulihara dan menghijau kembali kawasan hutan yang diteroka selain sebahagian usaha mengekalkan sehingga 31 peratus gazet kawasan hutan simpan kekal.


Kemaskini pada 2023-11-15 14:27:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page