Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

ROS Selangor tubuh laman web MySociety

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selangor hari ini melancarkan laman sesawang pertama bagi pertubuhan itu dalam membantu anggotanya menguruskan pentadbiran secara lebih digital.
   
Pengarah ROS Selangor, Nooraffendy Abd Khalid berkata laman sesawang 'MySociety' itu direka antara lain bertujuan meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya.
   
Katanya selaras dengan perkembangan teknologi terkini, perubahan daripada urusan pentadbiran menggunakan kertas kepada sistem digital dapat memudahkan lagi semua anggota memantau aktiviti masing-masing secara lebih efisien.
   
"Ini adalah projek perintis bagi Selangor dan yang pertama bagi mana-mana ROS di negara ini. Ia adalah satu penyelesaian pengurusan menyeluruh yang mana laman sesawang ini akan bantu anggota ROS mengautomatikkan pentadbiran mereka.
   
"Fungsi laman sesawang ini juga adalah untuk memudahkan anggota menerima informasi terkini termasuk aktiviti-aktiviti persatuan lain malah maklumat mengenai persatuan juga boleh dikemas kini secara lebih 'mobile'," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nooraffendy berkata, menerusi laman 'MySociety' ini juga, orang ramai turut diberi peluang memantau aktiviti secara langsung bagi hampir 7,000 persatuan berdaftar dengan ROS Selangor sama ada untuk menyertai atau menyalurkan bantuan kewangan.
   
Selain itu, katanya, konsep digital yang diintegrasi menerusi laman sesawang ini juga dapat membantu orang awam termasuk anggota pertubuhan sendiri untuk mengenal pasti kesahihan atau kewujudan sesebuah pertubuhan itu.
   
"Menerusi laman web ini juga, anggota ROS dapat mempromosi dan memasarkan persatuan masing-masing iaitu bagi memperkenalkan kewujudan mereka selain menambah bilangan ahli," katanya.
   
Nooraffendy berkata, laman 'MySociety' itu dijangka ditambah baik pada masa depan untuk dijadikan sebuah aplikasi telefon pintar supaya lebih banyak persatuan dapat menerima manfaat penubuhannya.  - Bernama

Kemaskini pada 2015-01-08 17:25:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page