Haslina membersihkan dapur selepas memasak juadah berbuka puasa yang dimakan bersendirian.
BUKIT SENTOSA - Tiada apa mampu disediakan bagi menyambut Syawal tahun ini kerana bagi ibu tunggal, Haslina Omar, 51, makan dan minum harian lebih diutamakan.
Haslina baru kematian suami sebulan lalu, hanya bergantung kepada anak bongsunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.
“Itu pun berapa sangat yang dapat dibelanjakan dengan pendapatan RM700 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, arwah suaminya bekas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun dihentikan selepas kematiannya 5 Jun lalu.
“Anak pertama dan kedua sudah berkahwin, masing-masing ada tanggungjawab malah mereka juga penerima bantuan zakat," katanya.
Sementara itu, JKM turut turun padang melawat Haslina semalam menyerahkan borang permohonan bantuan untuk diproses.
Kemaskini pada 2015-01-08 17:25:52 daripada Administrator