Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Runtuhan tanah di bahu jalan, MPHS arah pemaju projek atasi punca kejadian


image
Siasatan awal mendapati paip pecah menjadi punca runtuhan tanah di bahu jalan utama Bandar Sungai Buaya. Foto Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

SHAH ALAM, 30 NOV: Pemaju projek pembinaan diarah menyiasat pemilikan sebenar paip utiliti yang pecah sehingga menjadi punca runtuhan tanah di bahu jalan utama Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata pihaknya sudah meninjau lokasi kejadian kelmarin, bersama tiga pemaju terlibat iaitu Brem Contruction Sdn Bhd, Semangat Hijau Sdn Bhd dan MJD Land Sdn Bhd.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Indah Water Konsortium (IWK) untuk tindakan selanjutnya. Pihak pemaju seterusnya cuba membantu dengan mengadakan siasatan menyeluruh untuk mengetahui lebih lanjut pemilik utiliti sekiranya paip utiliti tersebut bukan milik IWK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu mengulas laporan media yang mendakwa pengguna jalan raya di Kampung Sungai Buaya gusar apabila berlaku runtuhan tanah di bahu jalan utama ke kawasan perumahan dan tapak perindustrian.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga meminta pihak berkenaan tidak mengambil masa lama untuk mengenal pasti agensi yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan selepas insiden disedari awal bulan ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata lokasi kejadian merupakan akses utama bagi projek pembinaan membabitkan tiga syarikat pembinaan itu, selain loji rawatan air kumbahan milik IWK serta Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) untuk tangki Air.

Menurutnya, pada peringkat awal jalan berkenaan belum diserah oleh pemaju asal yang membangunkan kawasan Bandar Sungai Buaya, sebelum MPHS menerima permohonan dan melulus pelan berkaitan insfrastruktur hijau oleh tiga pemaju terbabit pada 2020.

“Sehubungan itu, jalan tersebut telah disyaratkan kepada pihak pemaju untuk menyiap sempurnakan sebelum membuat serahan kepada pihak Majlis,” katanya lagi.

image
Kejadian runtuhan tanah di bahu jalan utama Bandar Sungai Buaya. Foto Majlis Perbandaran Hulu Selangor


Kemaskini pada 2023-12-01 07:57:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page