Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Perhilitan Selangor pasang perangkap buaya di Serendah


image
Tangkap layar video Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ketika operasi pemasangan perangkap buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor pada 10 Disember 2023

 

SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor.

Susulan itu, Pengarah Perhilitan negeri Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata pihaknya memasang perangkap menerusi operasi sejak awal bulan ini, lapor Berita Harian.

“Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.

“Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter),” katanya.

Menurut Wan Mohd Adib, pemasangan perangkap bertujuan menjamin keselamatan awam selain bagi memindahkan buaya berkenaan ke habitat lain.

“Orang awam terutamanya pemancing diminta berwaspada semasa melakukan aktiviti. Perhilitan akan terus memantau tasik tersebut sehingga buaya itu ditangkap demi keselamatan awam,” katanya.


Kemaskini pada 2023-12-12 11:10:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page