Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Program khas tembak 2,449 burung gagak

Antara gagak yang berjaya ditembak dalam operasi khas sekitar Hulu Selangor.
Antara gagak yang berjaya ditembak dalam operasi khas sekitar Hulu Selangor.
 

HULU SELANGOR - Sebanyak 2,449 ekor burung gagak dimusnahkan dalam satu program menembak dijalankan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Operasi dilaksanakan di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Serendah, Rasa dan Kuala Kubu Bharu bermula jam 7 pagi hingga 7.30 petang dengan bantuan 10 penembak dari kelab Putrajaya Shooter.
 

Operasi tembak gagak diadakan bagi mengawal populasi selain mengelak penyakit bawaan burung terbabit.
Operasi tembak gagak diadakan bagi mengawal populasi selain mengelak penyakit bawaan burung terbabit.

 

Menurut kenyataan MPHS, program itu sebagai langkah kawalan populasi, sekali gus membantu mengurangkan bilangan gagak.

Bangkai gagak dikumpul untuk dilupuskan.
Bangkai gagak dikumpul untuk dilupuskan.

Katanya, operasi tembak gagak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan keseimbangan ekologi.
 

“MPHS memahami kepentingan keseimbangan ekologi dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam program ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan cara bertanggungjawab dan mampan.
 



Putrajaya Shooter yang menyertai operasi tembak gagak di sekitar Hulu Selangor.
Putrajaya Shooter yang menyertai operasi tembak gagak di sekitar Hulu Selangor.

 

“Kepada masyarakat Hulu Selangor, kami berharap anda dapat menyokong usaha ini dengan mengambil langkah pencegahan sendiri.“Elakkan meninggalkan sisa makanan di luar rumah yang boleh menarik perhatian gagak. Kita boleh menjaga keseimbangan alam sekitar sambil memastikan keselamatan dan kebersihan komuniti kita,” katanya.

Sumber:Sinar Harian


Kemaskini pada 2023-12-18 17:20:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page