Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Empat laluan Bas Smart Selangor dipinda di Hulu Selangor

image
Pengguna Bas Smart Selangor mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum menaiki pengangkutan awam itu di hentian bas Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
 

SHAH ALAM, 3 JAN: Empat laluan Bas Smart Selangor dipinda di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menerusi Facebook pihak berkuasa tempatan itu, laluan berkenaan ialah HS01 (Kuala Kubu Bharu–Rasa-Bukit Sentosa) dan HS02 (Antara Gapi–Batang Kali–Antara Gapi).

Turut terlibat ialah laluan HS03 (Bukit Sentosa–Sungai Buaya–Bukit Sentosa) dan HS04 (Bukit Sentosa–Taman Bunga Raya–Bukit Sentosa).

“Pindaan ini selaras trend perkhidmatan Bas Smart Selangor yang mendapat permintaan tinggi dan tahap kemudahsampaian yang baik di kawasan liputan khususnya Hulu Selangor,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar MPHS menerusi talian 03-6064 1331 (ext 123) atau e-mel perancang@mphs.gov.my.

Sebelum ini, EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata laluan bas itu akan dikaji dan diselaraskan dengan perancangan Kementerian Pengangkutan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Lembah Klang.

Penelitian semula itu turut merangkumi penggunaan van transit atas permintaan (Van DRT) bagi menggantikan Bas Smart Selangor di kawasan berkepadatan tinggi dan laluan sempit pada masa depan.

image

image

image

image


Kemaskini pada 2024-01-04 09:19:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page