Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis giat kesan dua beradik hilang di Hulu Bernam sejak Isnin

  9:45 pm

image

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kedua-dua remaja berkenaan dikenali sebagai Wan Azfar Fitri Wan Azhar dan adiknya Wan Azfar Zikri kali terakhir dilihat di rumah mereka di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya selepas balik daripada solat subuh di surau pada pagi Isnin itu.

“Pakaian terakhir mereka ialah berbaju warna tidak pasti dan berseluar trek warna gelap, kehilangan remaja berkenaan disedari oleh ibu bapa mereka pada 6.30 pagi Isnin lepas apabila mendapati mereka tiada di rumah, difahamkan mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa selepas pulang dari surau,” katanya kepada Bernama malam ini.

Menurut Ahmad Faizal, kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan membuat laporan polis pada 9.19 pagi keesokannya (Selasa).

Remaja terbabit juga katanya, tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana disimpan oleh ibu mereka serta tidak mempunyai telefon bimbit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi ibu bapa remaja itu menerusi talian 01133772289 dan 01111335305 atau pegawai penyiasat 0135547435.

— BERNAMA


Kemaskini pada 2024-01-08 09:04:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page