Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Peluang naik beca sambil nikmati keindahan Kuala Kubu Bharu


image
Orang ramai dibawa menaiki beca mengelilingi bandar Kuala Kubu Bharu ketika majlis percubaan perkhidmatan beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di bandar berkenaan pada 12 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

SHAH ALAM, 13 JAN: Orang ramai kini berpeluang menikmati keindahan sekitar bandar Kuala Kubu Bharu dengan menaiki beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Menurutnya, perkhidmatan yang masih dalam tempoh percubaan itu adalah inisiatif untuk mempromosi kegiatan pelancongan di daerah berkenaan selain sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Selangor 2025.

“Perkhidmatan dengan kerjasama Cycledios Management Sdn Bhd ini bertujuan mempelbagaikan lagi aktiviti pelancongan sekali gus menarik minat pelancong datang ke Hulu Selangor.

“Cadangan laluan beca yang akan digunakan bagi fasa pertama ini adalah di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu sementara laluan lain akan dibuka pada fasa seterusnya sekiranya aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

image
Antara kemudahan beca dan basikal rekreasi pintar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi mempromosikan aktiviti pelancongan
di daerah berkenaan serta persiapan menyambut Tahun Melawat Selangor 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memaklumkan beberapa usaha dimulakan tahun ini sebagai persediaan menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025.

Kerajaan Negeri turut menyasarkan seramai lapan juta pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi Selangor sempena kempen berkenaan.

 

 


Kemaskini pada 2024-01-15 11:03:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page