Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Elak persekitaran tidak selamat, MPHS tunda 65 kenderaan terbiar

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
image
Penguat kuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita dan menunda sebuah kenderaan dalam satu operasi di tempat letak kereta Jalan Dato Balai,
Bandar Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2024. Foto Facebook MPHS

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita serta menunda kenderaan tersadai di kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian daerah ini.

Yang dipertuanya berkata ia bagi mengelak persekitaran tidak selamat apabila kenderaan terbabit menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan penyakit berjangkit selain menyebabkan kacau ganggu penglihatan.

“Sebanyak 65 kenderaan tersadai dengan 85 peratus terletak di kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian daerah ini telah ditunda pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod, daripada 65 notis peringatan yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan, hampir 85 peratus gagal disampaikan,” kata Mohd Hasry Nor Mohd.

Beliau menjelaskan sebelum penundaan dilaksana, MPHS terlebih dahulu menghantar notis peringatan sebaik menerima maklumat terperinci daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Semakan lanjut di institusi kewangan berdaftar dan polis turut dilakukan MPHS untuk memastikan sama ada kenderaan terbabit terlibat dengan mempunyai rekod pinjaman dan kes jenayah.

“Sekiranya tiada tuntutan daripada mana-mana pihak selepas tempoh notis yang diberikan tamat, MPHS akan menyiarkan iklan yang mengandungi senarai kenderaan berkenaan di media massa dan sesawang rasmi jabatan,” katanya.

Tambah Mohd Hasry, pemilik kenderaan diberi tempoh 14 hari daripada tarikh iklan disiarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan dengan membawa salinan kad pengenalan, geran hak milik kenderaan serta menjelaskan semua kos yang ditetapkan MPHS semasa membuat tuntutan.

“Jika tiada maklum balas, kenderaan tersebut akan dilupuskan mengikut peruntukan Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Bagi kenderaan atau kereta buruk yang terbiar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 46(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan awam.”

 

Kemaskini pada 2024-01-15 11:05:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page