Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Seorang daripada dua beradik hilang ditemukan tidak bermaya

16 Januari 2024 09:40pm
Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.
Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor pada 1 Januari lepas ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lepas.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan Along, berusia 17 tahun mendakwa dia dan adiknya, yang berusia 16 tahun, telah dilarikan oleh individu yang tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.

"Along mendakwa dia dikurung bersama adiknya sehingga 9 Januari lepas sebelum dipisahkan. Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya tertidur akibat pengaruh dadah dan turut berjaya melarikan telefon bimbit milik lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.

Beliau berkata, sejurus selepas melarikan diri, anak sulungnya bertindak menghubunginya menggunakan telefon bimbit berkenaan untuk memaklumkan keberadaannya dan dia kemudiannya menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

 

Anggota polis dari Balai Polis Tun HS Lee kemudian, katanya, telah bergegas ke lokasi anaknya berada dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

"Along kemudian membawa polis ke tempat dia dikurung dan saya difahamkan seorang lekaki telah ditahan berhubung kehilangan kedua-dua anak saya itu,” katanya yang kemudian membawa pulang anaknya itu selepas diserahkan oleh pihak polis pada tengah malam 12 Jan lepas.

Beliau mendakwa sehingga kini anaknya sering meracau serta menjerit dalam tidur.
Pada masa yang sama, beliau berharap seorang lagi anaknya dapat ditemukan segera dan memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar anaknya yang berusia 16 tahun itu dijumpai dalam keadaan selamat.

Pada 4 Januari lepas, media melaporkan dua beradik lelaki, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, pada pagi 1 Januari lepas.

Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima pemakluman tentang kes itu dan ia sedang disiasat oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. - Bernama
 


Kemaskini pada 2024-01-17 08:53:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page