Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua beradik hilang selepas pulang solat subuh ditemukan selamat

  9:35 pm
image

 

KUALA LUMPUR, 18 JAN: “Alhamdulillah dan syukur”. Itu ungkapan diluah seorang ibu selepas seorang lagi anak lelakinya yang dilaporkan hilang di Hulu Bernam, Selangor, sejak 1 Jan lepas, akhirnya ditemukan selamat, hari ini.

Wanita berusia 39 tahun itu berkata kedua-dua anak lelakinya yang hilang serentak dengan seorang daripadanya berusia 17 tahun yang dijumpai 11 Jan lepas, kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk direkodkan keterangan.

“Saya bersyukur kerana kedua-dua anak ditemukan dalam keadaan selamat. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan mangsa yang berusia 16 tahun dihantar ke Balai Polis Hulu Bernam kira-kira 10.48 pagi tadi oleh seorang lelaki gelandangan berusia 28 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai tinggal dengan seorang warga tempatan di sebuah hotel di Jalan Petaling, di sini selama sembilan hari sebelum melarikan diri.

“Remaja itu kemudian tinggal seorang diri di sebuah hotel terbiar berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur sebelum meminta bantuan daripada lelaki gelandangan itu untuk menghantarnya ke Balai Polis Hulu Bernam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata siasatan kes itu masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Pada 4 Jan lepas, media melaporkan dua beradik lelaki itu dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, 1 Jan lepas, selepas pulang solat subuh di surau kawasan perumahan mereka.

-BERNAMA

 


Kemaskini pada 2024-01-19 11:00:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page