Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dia Hendak Hidup Semati

  • Azlin bersama anak kedua Hafif Muiz (berdiri) dan kembarnya, Muhammad Azhad Ilham (kiri) serta Muhammad Ilmie Azraie.Azlin bersama anak kedua Hafif Muiz (berdiri) dan kembarnya, Muhammad Azhad Ilham (kiri) serta Muhammad Ilmie Azraie.
< 1 / 1 >

BUKIT SENTOSA - Perjalanan hidup keluarga Azlin Ahmad, 32, tidak pernah sepi daripada ujian Ilahi, namun sepanjang 17 tahun berumah tangga dengan dikurniakan empat cahaya mata kehidupan mereka bahagia walaupun sederhana.

Menurut Azlin, sebelum pemergian isterinya, pesanan sememangnya sudah ditinggalkan dan dia terima sekiranya tiada ada harta benda yang diwarisi untuk anak-anak.

Katanya, sebagai suami dia juga tidak pernah meminta apa-apa dan menerima takdir jika senang dan susah tetap hidup bersama.

“Saya juga sudah berjanji dengan arwah isteri untuk jaga anak-anak cuma tidak sangka dia pergi dulu.

“Teringat macam mana dia nak hidup semati dengan saya,” katanya.

Menurut Azlin, dia tidak pernah menduga akhirnya begini dan anak-anaknya sudah pasti tidak pernah terfikir mendapat ibu bapa seperti mereka dan jauh sekali kehilangan ibu pada usia kanak-kanak.

Katanya, walaupun kehidupan mereka selama ini sederhana, namun tidak terlintas difikirannya untuk meminta bantuan kerana dia sedar kudratnya masih kuat.

Menurut Azlin, arwah isterinya pernah berhasrat memohon bantuan daripada agensi kerajaan namun pesannya selagi ada tulang empat kerat yang sihat maka jangan sekali meminta-minta.

“Hidup kita sudah ditentukan begini. Cukup makan kita makan, kalau tak ada kita usahakan.

“Kita masih sihat, tulang empat kerat kita sihat. Kecuali bantuan itu datang atau orang datang beri bantuan kita boleh terima,” katanya.

Pengalaman lalu yang pernah dilalui Azlin, dia pernah menyelongkar sampah untuk mendapatkan tin dan botol, dijual dan hasilnya digunakan untuk membayar yuran sekolah anak waktu itu RM40.

Kata Azlin, seandainya dia tiada jalan lain untuk mendapatkan wang, dia sanggup kutip tin, botol dan besi untuk dijual.

Prinsip hidupnya mudah, asalkan hidup mereka tidak menyusahkan orang lain.

Menurutnya, rumah yang didiami kini juga merupakan ihsan wanita mulia kerana walaupun itu rumah sewa, namun sejak sekian lama mereka tidak membayar apa-apa kerana kesempitan hidup.

“Sebelum itu saya tak kenal siapa tuan rumah sehinggakan agen terpaksa arahkan saya keluar sebab sewa tertunggak (menumpang di rumah abang).

“Tapi  satu hari ada kereta mewah datang tanya siapa tinggal di rumahnya dulu, saya jawab sendiri dan kebetulan anak-anak kami keluar, tuan  rumah simpati  lalu benarkan kami tinggal tanpa bayar sewa,” katanya


Kemaskini pada 2015-01-08 17:26:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page