Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Empat lelaki ditahan, dadah dibungkus seperti lemang dirampas

image
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media mengenai kejayaan menumpaskan sindiket dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor pada 10 Februari 2024. Foto BERNAMA


HULU SELANGOR, 10 FEB: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram (kg) ganja di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata sebahagian besar ganja yang ditemukan dibungkus seperti potongan lemang dengan nilai dianggarkan berjumlah RM43,710.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan suspek berumur 36 tahun di dalam sebuah kereta Proton Persona yang diletakkan di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung dan merampas 14 kg ganja di dalam kenderaan terbabit.

“Penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan tiga lagi lelaki termasuk seorang warga asing berumur lingkungan 23 hingga 61 tahun berhampiran sebuah restoran di Bukit Sentosa serta menjumpai tiga gram ganja pada seorang daripada suspek.

“Seorang suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah stor di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung dan merampas ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 1.28 kg.

“Polis turut merampas sepucuk pistol angin serta satu kelopak peluru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata selain wang tunai, masing-masing sebuah kereta, pacuan empat roda dan motosikal turut disita dalam operasi itu.

Saringan awal air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah dan kesemuanya direman tujuh hari hingga 15 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA


Kemaskini pada 2024-02-13 08:56:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page