Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tengku Amir Shah bertemu rakyat, serikan Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah melawat ke Back Line Art Gallery pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

 

HULU SELANGOR, 21 FEB: Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor yang membuka tirai di daerah ini hari ini, diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor bertemu rakyat.

Acara bermula dengan kunjungan Tengku Amir Shah ke sekitar Jalan Mat Kilau di pekan Kuala Kubu Bharu yang disambut meriah dengan paluan gendang tradisional masyarakat Tionghoa.

Baginda kemudiannya berkenan singgah di sebuah restoran di situ sebelum berangkat melawat lorong seni yang dikenali Kuala Kubu Bharu Back Lane Art Gallery.

Tengku Amir Shah yang diiringi EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Mohd Hasry Nor Mohd meluangkan masa kira-kira satu jam di lorong seni itu yang mempamerkan kira-kira 100 lukisan panel mural hasil tangan anak tempatan.

Sepanjang kira-kira satu kilometer, lorong seni itu dihiasi lukisan mural antaranya mengenai pelancongan, sejarah, aktiviti lasak serta Orang Asli yang menjadi tarikan pelancong ke Kuala Kubu Bharu.

Sepanjang lawatan Raja Muda juga berkenan memenuhi permintaan rakyat pelbagai kaum  yang mahu bergambar  selain beramah mesra dan bertanya khabar mereka.

Di lorong seni itu, turut dipertonton kepada Baginda persembahan seni mempertahankan diri silambam selain tarian tarian tradisional Melayu dan tarian sewang Orang Asli.


image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menonton persembahan ketika melawat ke Back Line Art Gallery pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

 

Selesai bertemu rakyat di pekan Kuala Kubu Bharu, Tengku Amir Shah kemudian berangkat ke Rumah Bonda, Batang Kali untuk bertemu pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri Daerah Hulu Selangor.

Petang ini, Raja Muda dijadual ke Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali dan Pasar Malam Bukit Sentosa sebelum meneruskan santapan malam bersama wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri di Fraser Valley, Ampang Pechah.

Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor turut melibatkan program lain seperti Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu bermula esok.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Amirudin berkata program tersebut diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mencemar duli singgah di Restoran Sun Sun Nam Cheong, Kuala Kubu Bharu pada Program Karnival
Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menonton pertunjukan seni mempertahankan diri silambam pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bergambar ketika hadir pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bergambar ketika hadir pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menonton persembahan kebudayaan Orang Asli ketika hadir pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bergambar selepas menonton persembahan kebudayaan Orang Asli ketika hadir pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

image
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bertanya khabar peniaga ketika melawat ke Back Line Art Gallery pada Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selagor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

 

 

 


Kemaskini pada 2024-02-22 09:57:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page