Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Raja Muda berkenan hayati kehidupan Orang Asli Hulu Tamu

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan mencuba aktiviti menyumpit pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di kampung Orang Asli Ulu Tamu di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

HULU SELANGOR, 21 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menghayati kehidupan Orang Asli Hulu Tamu di sini dengan mencuba aktiviti menyumpit pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor.

Tengku Amir Shah berjaya menyumpit dan memecahkan belon dari jarak kira-kira lima meter yang turut disertai EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan EXCO Sumber Manusia V Papparaidu.

Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda yang memandu sendiri kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) ke kampung berkenaan disambut meriah lebih 100 penduduk.

Tengku Amir turut berkenan memakai tempok (aksesori kepala) dan selimpang hasil anyaman daun mengkuang suku Temuan selain menyampaikan bantuan bakul makanan sumbangan orang perseorangan kepada penduduk.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menaiki ATV pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di kampung Orang Asli Ulu Tamu di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Raja Muda kemudiannya mencemar duli bertemu rakyat dan peniaga di Pasar Malam Bukit Sentosa walaupun cuaca hujan.

Baginda beramah mesra serta bertanya khabar peniaga selain memenuhi permintaan rakyat yang mahu bergambar.

Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor turut melibatkan program lain seperti Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu bermula esok.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyantuni peniaga Pasar Malam Bukit Sentosa pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Bukit Beruntung pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.

 


Kemaskini pada 2024-02-22 10:00:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page