Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk teruja Tengku Amir mesra rakyat, mudah didekati

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bergambar bersama penduduk kampung Orang Asli Ulu Tamu pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 21 FEB: Pengusaha restoran di Kuala Kubu Bharu di sini tidak menyangka Duli Yang Teramat Mulia ((DYTM) Raja Muda Selangor mudah didekati dan ramah dengan rakyat jelata.

Menurut Nofa Ekasari, 47, hanya berpeluang melihat di kaca televisyen sebelum ini, dia tidak menyangka hari ini hari bertuahnya dapat bergambar dengan Tengku Amir Shah.

“Pertama kali lihat kerabat diraja ‘live’ rasa gugup. Tapi sebab tidak tahu lagi bila dapat peluang saya tetap cuba minta izin bergambar. (Baginda) menjawab ‘boleh’ dengan sangat mesra walaupun sudah berjalan jauh dan cuaca panas terik.

image
Nofa Ekasari menunjukkan gambarnya dan rakan-rakan berswafoto dengan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Kuala Kubu Bharu Back Lane Art Gallery pada 21 Februari 2024. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

“Raja Muda juga bertanya khabar kami peniaga di sini. Situasi ini sangat jarang berlaku sudah pasti kami teruja dan gembira Raja Muda datang dan bertanya khabar sendiri kepada kami,” katanya ketika ditemui pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor.

Peniaga, Wong Hung Ming, 60, berkata sepanjang 40 tahun berniaga dan menetap di Kuala Kubu Bharu, ini pertama kali dia berjumpa dengan Raja Muda Selangor dan tidak menyangka Baginda berkenan mencemar Duli melawat ke lorong belakang kedai di pekan berkenaan.

“Kawasan belakang kedai memang sudah cantik dengan lukisan mural, pelancong pun ramai, tapi tidak pernah terfikir bertemu Raja Muda di sini. Baginda berjalan ke setiap lorong dan beramah mesra dengan rakyat,” katanya.

Sementara itu Tok Batin Perkampungan Orang Asli Hulu Tamu, Pulan Tembai berkata perwatakan Tengku Amir yang mesra rakyat membuatkan dia rasa dekat dengan Baginda.

“Baginda tanya sendiri dengan saya. Bagaimana kemudahan di sini, berapa ramai penduduk, kemudahan air bagaimana dan banyak lagi. Baginda bukan datang berkunjung saja, tetapi bertanya kami di sini. Terima kasih kerana ingat kami di sini,” katanya.

Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor yang membuka tirai di daerah ini hari ini, diserikan dengan keberangkatan Tengku Amir bertemu rakyat.

Acara bermula dengan kunjungan Baginda ke sekitar Jalan Mat Kilau di pekan Kuala Kubu Bharu berkenan singgah di sebuah restoran di situ sebelum berangkat melawat lorong seni yang dikenali Kuala Kubu Bharu Back Lane Art Gallery.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyantuni peniaga Pasar Malam Bukit Sentosa pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Bukit Beruntung pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Selesai bertemu rakyat di pekan Kuala Kubu Bharu, Raja Muda kemudiannya berangkat ke Rumah Bonda, Batang Kali untuk bertemu pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri Daerah Hulu Selangor.

Raja Muda turut berangkat ke Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali dan Pasar Malam Bukit Sentosa sebelum dijadual meneruskan santapan malam bersama wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri di Fraser Valley, Ampang Pechah malam ini.

Eksplorasi itu turut melibatkan program lain seperti Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu bermula esok.


Kemaskini pada 2024-02-22 10:04:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page