Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Raja Muda berkenan cuba gunting rambut, bertemu pelatih IKBN


image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menggunting rambut ketika hadir melawat di IKBN Peretak pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
 

HULU SELANGOR, 22 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenaan melakukan demonstrasi gunting rambut pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini.

Tengku Amir Shah mencuba teknik ‘hair clipper’ (mesin gunting) untuk menggunting rambut replika yang biasa digunakan pelatih kursus Sijil Perekaan Gaya Rambut ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di institusi itu.

Terdahulu Raja Muda berkenaan melawat institusi berkenaan dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelatih di situ.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika melawat pelajar IKBN Peretak pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Petang ini Tengku Amir dijadual mencemar Duli ke Santuari Ikan Sungai Chiling sebelum berangkat ke Majlis Perasmian Gagasan Rumpun Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu malam ini.

Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor turut melibatkan program lain seperti Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Amirudin berkata program tersebut diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.


Kemaskini pada 2024-02-23 10:10:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page