Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Terus dekati rakyat, Gagasan Rumpun Selangor jelajah ke lapan lagi daerah

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkenan melancarkan logo rasmi Gagasan Rumpun Selangor pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 23 FEB: Program Gagasan Rumpun Selangor diteruskan ke lapan lagi daerah bagi mendekati sekali gus memupuk semangat perpaduan di segenap lapisan masyarakat.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata Selangor merupakan jantung perpaduan negara yang menjadi paksi kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai negeri, agama, etnik dan budaya.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya negeri ini bukan hanya sekadar penyumbang utama ekonomi negara tetapi turut menjadi paksi kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai negeri, agama, etnik dan budaya, ibarat ‘mini Malaysia’.

“Justeru bukan hanya perlu kuat ekonominya tetapi Selangor turut menjadi teras kepada pembinaan naratif perpaduan yang dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di bawah konsep Gagasan Rumpun Selangor,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Selangor di sini malam tadi yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail bergambar bersama pada majlis perasmian Gagasan Rumpun Selangor pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 

Terdahulu, pada majlis itu Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan logo rasmi Gagasan Rumpun Selangor.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Selain itu penjenamaan institusi pendidikan kanak-kanak khususnya Tabika Perpaduan dan Tadika Kemas turut terangkum selain program promosi dan advokasi rakyat.

Sebelum ini, Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

 

 


Kemaskini pada 2024-02-23 09:42:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page