Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

RMS berkenan serah sumbangan kepada anak yatim Hulu Selangor

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim ketika hadir di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 23 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan kepada anak yatim di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Sumbangan membabitkan sejumlah RM16,500 itu diperuntukkan dari pejabat EXCO Perpaduan; Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor dan Orang Besar Daerah Hulu Selangor kepada 55 anak yatim dari daerah berkenaan dengan masing-masing menerima RM300.

Selain itu, Tengku Amir Shah turut berkenan mencemar duli menghulurkan sumbangan baik pulih rumah dan perubatan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada empat orang asnaf dan Surau Al-Khairiah Jalan Adenium 4, di sini.

image
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan baik pulih rumah ketika hadir di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 

Pada majlis sama, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 10 masjid dan surau sekitar Hulu Selangor bagi tujuan membaik pulih rumah ibadat tersebut.

Masjid dan surau yang menerima sumbangan itu adalah Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu; Surau Raudhatul Ulum Ad-Diniah, Padang Golf; Surau As-Sakinah Taman Damai Utama dan Surau Jami’yyah Padang Tembak.

Turut menerima sumbangan ialah Surau Kampung Paya Dalam; Surau Saqdatus Salam, Taman Bukit Bujang; Surau Al-Hidayah Ampang Pechah; Surau Ad-Diniah Taman Arif; Surau Nurul Iman, Taman Seruling dan Musolla Al-Hidayah, Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erskine, Hulu Selangor.

Selepas menyerahkan sumbangan, Baginda berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid sama.

Keberangkatan Tengku Amir Shah bersempena Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor di daerah Hulu Selangor itu berlangsung penuh meriah selama tiga hari dua malam sejak Rabu lalu.


Kemaskini pada 2024-02-26 10:14:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page