Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Negeri sasar sedia 3,000 unit Skim Smart Sewa menjelang 2025

image

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah menyaksikan penyerahan replika kunci oleh Pengarah Urusan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas Wan Azman Wan Kamal kepada Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Dato’ Dr Juhari Ahmad ketika majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku PPAM Selindung Daun, Hulu Selangor pada 10 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI


 

HULU SELANGOR, 10 MAC: Kerajaan Negeri menyasar penyediaan sehingga 3,000 unit Skim Smart Sewa menjelang 2025 bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana menyewa rumah.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah menjelaskan sebanyak 1,377 unit dibeli Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk tujuan itu, dengan 852 unit disewakan sehingga kini.

“Bagi merealisasikan sasaran 3,000 unit, cadangan pembelian Skim Smart Sewa akan diteruskan pada 2024 dengan sasaran sebanyak 810 unit melalui peruntukan tambahan RM220 juta,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan kunci projek Rumah Selangorku PPAM di Galeri Jualan Persiaran Selindung Daun, Jalan Ulu Yam Bharu di sini hari ini.

Borhan menambah Shah Alam antara lokasi tumpuan bagi penyediaan skim berkenaan berikutan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai khususnya pasangan baharu berkahwin.

Merujuk kawasan itu, jelasnya, program yang diperkenal sejak 2016 menyediakan 200 unit untuk disewa di Setia Alam dan berbaki 15 unit lagi yang masih kosong.

“Banyak lagi projek perumahan di Shah Alam yang sedang dirancang untuk itu. Selain Shah Alam, beberapa lokasi lain turut dalam perhatian termasuk Hulu Langat, Selayang dan Ampang,” katanya.

 


Kemaskini pada 2024-03-11 09:18:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page