Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

LPHS belanja RM2.8 juta perluas Skim Smart Sewa di Hulu Selangor

 

image
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah meninjau rumah Selangorku PPAM Selindung Daun, Ulu Yam di Hulu Selangor ketika majlis penyerahan kunci pada 10 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

 

HULU SELANGOR, 10 MAC: Sebanyak 28 unit rumah Selangorku PPAM Selindung Daun, Ulu Yam di sini dibeli Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bernilai RM2.8 juta bagi Skim Smart Sewa.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata kadar sewaan RM700 sebulan ditawarkan untuk membantu orang ramai yang belum memiliki rumah atau menghadapi kesukaran mendapat pembiayaan pinjaman.

Beliau menjelaskan kediaman teres dua tingkat berkeluasan 1,035 kaki persegi di kawasan itu dipilih berikutan kemudahan dan lokasi strategik berhampiran pusat bandar.

“Kos bagi setiap unit RM100,000 dibina pemaju Nadi Cergas berkonsepkan rumah bandar dan dilengkapi tiga bilik tidur serta kawasan lapang di tepi halaman rumah untuk aktiviti bercucuk tanam.
image
EXCO Perumahan Borhan Aman Shah memotong riben ketika perasmian majlis penyerahan kunci rumah Selangorku PPAM Selindung Daun, Ulu Yam pada 10 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

“Had tempoh sewaan antara dua hingga lima tahun dan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan kepada penyewa untuk deposit pembelian kediaman baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas majlis penyerahan kunci rumah berkenaan di Galeri Jualan Persiaran Selindung Daun di Jalan Ulu Yam Bharu di sini hari ini.

Borhan menambah mereka yang layak memohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah antara RM5,000 hingga RM10,000 ke bawah, pasangan baru berkahwin dan kurang berkemampuan.

“Permohonan akan dibuka dalam tempoh terdekat di laman web LPHS dan sesi temu duga akan dijalankan selepas pendaftaran dibuat untuk melihat kelayakan pemohon,” katanya.

Skim Smart Sewa yang diperkenal pentadbiran negeri sejak 2016 membantu rakyat berpendapatan sederhana menyewa rumah dalam tempoh tertentu mengikut syarat ditetapkan.

Lokasi terlibat antaranya Pangsapuri Arista Klang, Pangsapuri Damai Utama, Pangsapuri Kemuning Idaman, Pangsapuri Idaman Abadi dan Pangsapuri Aronia.

 


Kemaskini pada 2024-03-11 09:21:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page