Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua lelaki warga asing maut terperosok bawah lori tangki

Kedua-dua mangsa terperosok di bawah lori tangki dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Foto ihsan JBPM
Kedua-dua mangsa terperosok di bawah lori tangki dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Foto ihsan JBPM

 

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki warga asing maut dalam kemalangan tiga kenderaan di jalan Bukit Beruntung menghala Bukit Sentosa, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada jam 10.10 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, nahas membabitkan sebuah lori tangki, Hyundai Accent yang rosak di tepi jalan dan motosikal Demak EX90," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Keadaan motosikal dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan di jalan Bukit Beruntung menghala Bukit Sentosa, pada Ahad.
Keadaan motosikal dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan di jalan Bukit Beruntung menghala Bukit Sentosa, pada Ahad.

 

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua mangsa berusia 40-an yang menaiki motosikal disyaki dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke MK Land.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa terperosok di bawah lori tangki dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 malam, mangsa merupakan warga Nepal berusia 42 dan 45 tahun menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan dari Sungai Choh menuju ke Bukit Beruntung.

 

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa telah terlanggar belakang sebuah kereta Hyundai Accent yang mengalami kerosakan enjin mengakibatkan mereka tercampak di kanan jalan, sebelum digilis sebuah lori tangki.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan telah ditahan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan itu boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.


Kemaskini pada 2024-03-12 08:12:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page