Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

325 penduduk kurang mampu Hulu Selangor terima bantuan Ramadan

image
Antara penerima sumbangan program Ziarah Ramadan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di daerah itu pada 16 Mac 2024. Foto Facebook MPHS

 

SHAH ALAM, 18 MAC: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyantuni 325 penduduk kurang berkemampuan di daerah itu pada program Ziarah Ramadan kelmarin.

MPHS memaklumkan program tahunan itu dianjur bagi membantu golongan terbabit agar tidak terpinggir terutamanya pada bulan mulia ini.

“MPHS bersama ahli majlis di setiap zon menyantuni penduduk kurang berkemampuan dengan memberi sumbangan barangan keperluan asas bagi mengurangkan beban untuk menjalani kehidupan.

“Program dengan kerjasama Segi Value Holding Sdn Bhd ini telah menyalurkan sumbangan makanan kering dan baucar tunai Segi Fresh bernilai RM120 kepada semua penerima,” katanya di Facebook.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS NurulHuda Ahmad Khairuddin dan Pengurus Komunikasi Korporat Segi Value Mohd Ainuddin Aliff Salehuden.


Kemaskini pada 2024-03-19 08:14:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page