Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Wakil rakyat Kuala Kubu Bharu meninggal dunia, MB ucap takziah

image

SHAH ALAM, 21 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi ini selepas bertarung dengan penyakit barah sejak beberapa tahun lalu.

Pemergian wakil rakyat tiga penggal berusia 58 tahun itu disahkan Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dan beberapa pemimpin lain dalam catatan di Facebook masing-masing.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Kee Hiong dan anggota DAP atas kehilangan tokoh berpengalaman itu.

Beliau turut menyifatkan pemergian itu satu kehilangan besar yang akan dirasai penduduk Kuala Kubu Bharu berikutan mendiang lama berkhidmat termasuk sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mewakili kerajaan perpaduan Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh sahabat dan anggota dalam DAP yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Kee Hiong mewakili kawasannya sejak 2013, memenangi kerusi itu dalam tiga pilihan raya berturut-turut, setiap kali dengan majoriti yang lebih besar.

Pada 2020, beliau mengumumkan menghidap barah ovari tahap satu dan menjalani pembedahan, seterusnya mempertahan kerusi Kuala Kubu Baru pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu.

Dalam PRN lalu, Kee Hiong menewaskan calon Gerakan Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Kemaskini pada 2024-03-21 14:50:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page