Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

Kee Hiong
Kee Hiong

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia pada Khamis.

Amirudin berkata, Kee Hiong, telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013. 

Menurut beliau, pemergian Ker Hiong adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu oleh mendiang sejak sebelum menjadi wakil rakyat.

"Sebentar tadi, saya menerima berita dukacita pemergian ADUN Kuala Kubu Baharu dan saya mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh sahabat dan anggota di dalam DAP yang kehilangan tokoh berpengalaman.

"Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Kemaskini pada 2024-03-21 14:59:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page