Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

TEMBOK RUNTUH SELEPAS HUJAN

  • Jalan turut mendap disebabkan kejadian runtuhan itu.Jalan turut mendap disebabkan kejadian runtuhan itu.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Hujan lebat kelmarin, menyebabkan tembok konkrit Apartmen Anggerik di Taman Bunga Raya dekat sini runtuh akibat hakisan tanah di lereng bukit.

Runtuhan dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi berhampiran blok J dan K yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk. Mereka dipindahkan sementara ke sebuah sekolah berhampiran untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Ketua Balai Bomba Kuala Kubu Baru, Noor Azhar Tajudin berkata, pihak bomba menerima laporan jam 10.44 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurutnya, selepas membuat perbincangan dengan pihak berkaitan, arahan pemindahan dibuat serta-merta selepas mendapati masih terdapat berlaku pergerakan tanah.

“Arahan pemindahan dibuat sekitar jam 3.30 petang kerana struktur tanah masih lemah ditambah pula dengan keadaan hujan yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni blok lima tingkat itu.

“Keadaan dilaporkan terkawal dan pengawasan masih dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tempoh pemindahan masih belum diputuskan bergantung kepada keadaan.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Lim Poh Kuan berkata, insiden itu adalah pertama kali berlaku selepas hampir 14 tahun tinggal di kawasan itu menyebabkan penduduk panik.

“Penduduk masih bimbang akibat hakisan tebing yang berlaku kerana tembok dianggar setinggi lima meter itu tidak menunjukkan tanda retak sebelum ini.

Insiden turut menyebabkan tanah di bahagian rumah sampah dan jalan mendap ekoran keadaan tanah yang tidak stabil,” katanya.

Katanya, MDHS bekerjasama dengan agensi terlibat termasuk JKR dari segi pemantauan tahap keselamatan sebelum pembaikan dilakukan.


Kemaskini pada 2014-10-22 11:14:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page