Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

DUN Batang Kali taja tapak 18 peniaga bazar Kampung Sungai Buaya

 

image
Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali membantu 18 peniaga bazar Kampung Sungai Buaya, Rawang berniaga di tapak yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan menaja kos tapak bernilai RM300 setiap satu. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad

SHAH ALAM, 21 MAC: Seramai 18 peniaga bazar Kampung Sungai Buaya, Rawang meneruskan perniagaan di tapak disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata pihaknya menaja kos tapak bernilai RM300 setiap satu selain suntikan tifoid tajaan Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.

“Sebelum ini tular mengenai keengganan sebahagian peniaga bazar Kampung Sungai Buaya berpindah ke tapak niaga disediakan MPHS.

“Namun atas semangat Ramadan kekusutan ini dapat diselesaikan dengan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali menaja kos tapak berjumlah RM300 satu tapak.

image
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad

“Semoga dimurahkan rezeki peniaga ini dan semua peniaga yang ikhlas jujur demi mencari wang persediaan lebaran,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Saifuddin turut menasihatkan mana-mana pihak tidak mengeruhkan keadaan atau menyalahkan penjawat awam yang bertindak atas kapasiti undang-undang dan masyarakat memerlukan penyelesaian masalah.

Sementara itu MPHS dalam kenyataan memaklumkan sembilan lokasi ditetapkan bagi tapak bazar termasuk bazar Sungai Buaya yang terletak bersebelahan medan selera Sungai Buaya dengan 25 tapak disediakan.

“Pada 12 Mac hasil pemantauan penguat kuasa dan Jabatan Pelesenan mendapati terdapat tapak bazar tanpa kebenaran MPHS di Kampung Sungai Buaya bersebelahan pejabat MPKK Kampung Sungai Buaya.

“Terdapat penjaja berniaga di kawasan tanah rezab kerajaan yang tidak mempunyai kebenaran dan MPHS mengeluarkan notis pemberitahuan menasihatkan untuk berpindah ke lokasi yang ditetapkan.

“Hasil perbincangan dengan penganjur, MPHS bersetuju menawarkan kelonggaran bagi bayaran tapak secara ansuran dengan syarat peniaga perlu mendapatkan suntikan tifoid namun pada 13 Mac MPHS mendapati pihak penganjur masih gagal mematuhi arahan notis pemberitahuan,” katanya.

Menurut MPHS perbincangan dengan pihak penganjur dan ketua kampung turut diadakan bagi menyelesaikan isu itu dan notis pemberitahuan akhir telah dikeluarkan Jabatan Penguatkuasaan pada 18 Mac.

“Semalam semua 18 penjaja bazar Kampung Sungai Buaya bersetuju berpindah ke tapak bazar yang disediakan MPHS dan mematuhi syarat ditetapkan.

“Untuk makluman, sebarang aktviti penjaja adalah tertakhluk kepada Undang-undang Kecil Penjaja MDHS 2007 yang mana setiap aktiviti penjaja perlu mendapat kebenaran daripada pihak majlis,” katanya.

 


Kemaskini pada 2024-03-22 08:07:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page