Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

BUKIT BERUNTUNG BANJIR KILAT

  • Air naik disebabkan masalah sistem longkang yang tidak diselenggara.Air naik disebabkan masalah sistem longkang yang tidak diselenggara.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Longkang tersumbat dikesan punca berlakunya banjir kilat di kawasan perniagaan Jalan Adnenium dan tol Bukit Beruntung, kelmarin.

Hujan bermula jam 3.30 petang sehingga jam 6 petang menyebabkan air naik selepas longkang sedia ada gagal menampung kuantiti air. Keadaan itu juga dilaporkan kerap berlaku di kawasan berkenaan.

Ahli majlis Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), June Leow berkata, masalah itu telah laporkan beberapa kali kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya sistem longkang berkenaan di struktur semula.

“Beberapa masalah telah dikenal pasti antaranya aliran air tidak dapat menampung kuantiti disebabkan sekatan dan kita telah mencadangkan supaya alirannya dibawa terus ke longkang monsun tapi tak dapat dilaksanakan sebab bajet terhad.

“Masalah gangguan kelancaran air juga berlaku disebabkan hakisan tanah pada lereng bukit yang membawa lumpur ke longkang berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tiada penutupan jalan disebabkan insiden kelmarin, tetapi keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh dua kilometer kerana pemandu perlu memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan selain terdapat pasar malam di Bukit Sentosa.


Kemaskini pada 2014-10-22 11:19:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page