Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sultan rasmi Masjid Kampung Melayu Rasa, agih bantuan kepada 437 asnaf

image
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangi plak ketika majlis perasmian masjid dan berbuka puasa serta penyampaian sumbangan raya di Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 23 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Kampung Melayu Rasa di sini hari ini.

Ketibaan Baginda yang disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan menamakan masjid yang siap pada Mac tahun lalu bersempena nama Kampung Melayu Rasa.

Dibina atas tanah seluas enam ekar, masjid melibatkan kos pembinaan sebanyak RM13 juta itu mampu menampung sehingga 1,600 jemaah dalam satu-satu masa.

image
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan ketika majlis perasmian masjid dan berbuka puasa serta penyampaian sumbangan raya di Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sultan Sharafuddin turut menyampaikan sumbangan raya berjumlah RM218,500 kepada 437 penerima meliputi 152 asnaf fakir, 195 miskin dan 90 saudara baharu sekitar daerah itu.

Sementara itu, pegawai daerah ketika sembah ucapan memaklumkan terdapat 155 institusi agama Islam dibangunkan di Hulu Selangor melibatkan 25 masjid dan 130 surau.

“Sebanyak 14 buah surau dibenar mendirikan solat Jumaat bagi menampung keperluan kariah setempat.

“Ada sebuah masjid yang bakal dibina di Antara Gapi pada akhir tahun ini dan dijangka siap pada 2026 dengan kos RM9.5 juta. Masjid ini nanti akan dapat memberi kemudahan kepada penduduk,” kata Yuhanas Auree Kamaruddin.

 


Kemaskini pada 2024-03-25 07:48:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page