Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

RMS serah sumbangan RM73,050 kepada anak yatim di Serendah

image
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Serendah, Hulu Selangor pada 23 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

HULU SELANGOR, 23 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Nurul Iman, Serendah di sini, hari ini.

Pada program itu, Tengku Amir Shah berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bernilai RM73,050 kepada 487 anak yatim di daerah itu.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tiga Ketua Sahabat Prihatin Yide bagi Hulu Selangor, yang berperanan mengenal pasti anak yatim baharu untuk disantuni.

Tengku Amir turut berkenan menunaikan solat Zuhur berjemaah selepas program tazkirah Ramadan dikendalikan PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor dan EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah.


Kemaskini pada 2024-03-25 07:55:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page