Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

USAHA BAIK PULIH APARTMENT TERATAI

HULU SELANGOR - Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung di sini terus dipergiatkan hari ini.
        
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati seawal jam 9 pagi, dua buah kren dan sebuah lori pengangkut sudah melakukan kerja-kerja membaiki tembok runtuhan, membersihkan kawasan tanah, mengangkut sisa-sisa pecahan tembok yang bertaburan di kawasan terbabit.  
        
Turut kelihatan beberapa pasukan penyelamat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bagi memantau pergerakan tanah serta mengawasi kawasan runtuhan.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: 1,500 penduduk Apartment Teratai dipindah]    

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal laluan keluar-masuk kenderaan penduduk di kawasan itu yang disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
        
Pasukan penyelamat seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut berada di lokasi kejadian bagi merawat jika ada mangsa yang cedera.

Difahamkan pemantauan pergerakan tanah dilakukan dari atas cerun tanah di kawasan terbabit oleh JKR, bomba, Ahli Geologis, dan JPAM.
        
Penduduk di dua blok terlibat juga dibenarkan untuk masuk ke rumah masing-masing hari ini untuk mengambil barang milik mereka selama 10 minit dengan diawasi oleh pasukan Rela.
        
Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45 keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147 orang). - Bernama

Kemaskini pada 2014-10-23 15:47:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page