Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk Apartmen Teratai Dibenar Pulang

HULU SELANGOR - Kesemua 1,163 penduduk dua blok Apartmen Teratai di sini yang diarahkan berpindah sementara akibat tanah runtuh sejak Isnin lepas telah dibenarkan pulang kira-kira pukul 3 petang tadi.
   
Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Masria Sahi berkata, kesemua penduduk telah dibenarkan pulang atas arahan Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suadi Abdul Rahim.
   
Katanya, mereka juga telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada pergerakan tanah baharu dilaporkan sejak pemasangan cerucuk keping dan kanvas di cerun bukit berkenaan pada 21 Oktober lepas.
   
"Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga esok sementara memastikan proses pemindahan penduduk di apartmen berkenaan berjalan lancar.
      
"Operasi pemantauan itu dijalankan oleh Rela, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta Persatuan Bulan Sabit Merah," katanya di sini hari ini.

Kesemua penduduk di blok K dan L di apartmen berkenaan sebelum ini dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 sejak kejadian tanah runtuh di kawasan itu Isnin lepas. - Bernama

Kemaskini pada 2014-10-27 15:47:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page