Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Perlu kesabaran masak kelamai

OlehFARHANA ABD KADIR

Zainal menuangkan adunan kelamai yang sudah siap sebelum membakarnya.
Zainal menuangkan adunan kelamai yang sudah siap sebelum membakarnya.

HULU SELANGOR - Kaedah pembuatan yang melibatkan banyak proses dan masa lama menyebabkan anak-anak muda kurang berminat mempelajari penyediaan hidangan kelamai atau lemang tepung.

Pesara guru, Zainal Abidin Mohd Yusof, 67, berkata, hidangan istimewa masyarakat Rawa itu lazimnya dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri atau acara keramaian di daerah Kalumpang malah turut popular di Tanjung Malim, Gopeng, Raub, Selama dan Taiping.

Menurutnya, bermula daripada proses mencari buluh, membancuh adunan dan membakar kelamai, ia memerlukan masa dan ketelitian bagi menghasilkan kesempurnaan hidangan tersebut.
Proses membakar kelamai mengambil masa dua hingga tiga jam.
Proses membakar kelamai mengambil masa dua hingga tiga jam.

“Cara membuat kelamai ini mudah, tetapi untuk menyediakannya memerlukan sedikit masa kerana kaedah membakar masih lagi guna bara api, sebab itu ramai anak muda kurang berminat nak buat kerana perlukan kesabaran untuk hasilkan makanan yang sedap.

 

“Kalau ada permintaan jamuan saya buat juga tetapi biasanya makanan ini dihidangkan pada hari perayaan.

“Antara bahan yang digunakan adalah tepung gandum, gula merah, santan yang dimasak sehingga bertukar warna coklat dan secubit garam. Kalau dilihat daripada bahan-bahannya mudah tetapi tidak semua ‘tahan’ nak masak depan bara api.

“Perbezaan antara kelamai di Kalumpang kami menggunakan tepung gandum. Tetapi, di daerah lain mereka menggunakan tepung beras,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Zainal menunjukkan kelamai yang siap dibakar.
Zainal menunjukkan kelamai yang siap dibakar.

Mengulas lanjut, menurut Zainal, pada zaman dahulu rumah yang menghidangkan kelamai menunjukkan ketinggian status sesebuah keluarga kerana bahan seperti tepung dan gula merah sukar didapati serta mahal.Tambah anak kelahiran Kalumpang itu, minat untuk membuat hidangan istimewa tersebut dipelajari selepas kematian ibunya dan sehingga kini kelamai air tangan Zainal sering menerima tempahan daripada penduduk kampung.
 

“Selepas kematian arwah ibu, saya teringin nak makan jadi masa itu arwah ibu saudara saya ajar buat kelamai cara tradisional. Zaman itu tidak ada mesin pembancuh semua guna kudrat tangan sahaja.

“Setakat ini anak perempuan saya berminat nak belajar buat kelamai. Generasi saya sudah tidak ramai yang buat kelamai. Kalau ia boleh diwariskan kepada anak-anak muda itu sesuatu yang baik,” katanya.

 


Kemaskini pada 2024-04-15 08:27:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page