Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sarah Suhairi, Naim Daniel bakal meriahkan rumah terbuka Aidilfitri negeri

image
 

SHAH ALAM, 24 APRIL: Penyanyi muda terkenal, Naim Daniel dan Sarah Suhairi bakal memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri Selangor di Bandar Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini.

Selain mereka, ratu rock negara, Ella juga bakal tampil membuat persembahan pada majlis yang dijangka bermula jam 8 malam.

Acara tahunan itu akan diserikan dengan celoteh deejay Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah.

“Marilah bersama-sama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan rakyat khususnya meraikan Aidilfitri mulia di rumah terbuka Kerajaan Selangor.

“Jumpa di sana,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi media sosialnya.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor program Riuh Raya #KitaSelangor pada Sabtu ini turut menghidangkan pelbagai juadah hari raya.

“Antara yang menarik ialah hidangan pelbagai juadah hari raya, persembahan artis terkenal, pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.

“Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita meriahkan Rumah Terbuka Riuh Raya #KitaSelangor 2024!! Jumpa di sana,” tulis agensi itu di Facebook.

 


Kemaskini pada 2024-04-25 14:56:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page